ANGIN PERUBAHAN MAHASISWA
LED Text Scroller
PERKONGSIAN PADA HARI INI IALAH KEUTAMAAN MAHASISWA
Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini. Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas.
Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan. Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu. Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara.
Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu. Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".
Petikan dari Artikal I Love Islam
KECINTAAN MAHASISWA KEPADA ILMU
http://s1263.photobucket.com/albums/ii630/abc123177/
Up-Date Blog
Alhamdullillah thank you ALLAH....
~Diri ini masih lagi bernyawa,masih lagi boleh bernafas,masih lagi boleh melihat,
masih lagi boleh mendengar, masih lagi boleh berkomunikasi dengan tutur cara yang baik insyaALLAH
Syukur yang tidak terhingga kepada tuhan yang satu kerana telah memberi banyak sungguh ilham kepada diri ini untuk menulis dan update my blog kepada diri saya dan tidak lupa kepada mereka yang membaca, ataupun melihat blog yang tidak seberapa ini.. Supaya diri ini dan para pembaca sekalian setiasa dilindungi oleh Allah s.w.t hendaknya...
Dengan penuh kesungguhan untuk up-to-date kan blog ini supaya ada informasi yang boleh diri ini kongsikan bersama-sama sahabatsahabat sekalian.
Akhirnya diri ini dapat menyiapkan blog ini...Alhamdullillah....
semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan sahabat-sahabt ku dunia dan akhirat.... Amin...
Dari seorang Hamba Allah....
Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasisiwa
According to I love Islam "Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada"
Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
ABOUT THE PHILOSOPHY
~Anybody thought that today we will get something to learn new?
~Yes or No
I have 1 philosophy or story...
The lion in the circus also learns to sit on the chair,
fearing the whip held in his owner's hand but
we call such at lions as well trained, not well educated
(Think out the box)
So guy what do you think about that statement is mentioned there...
Perjalanan Seorang Pelajar
Kehidupan bergelar sebagai seorang students memang banyak cabaran dan godaannya,
memang susah pada mulanya untuk untuk mengambil cabaran dan godaan itu sebagai
pendorang semangat pada diri ini sebagai seorang pelajar yang sentiasa dahaga akan ilmu.
Cabaran demi cabaran datang menerpa kepada kita demi untuk mematangkan lagi diri
yang sudah pun bergelar sebagai MAHASISWA.
Sebagai seorang pelajar, kita perlu mengetahui siapakah sebenarnya pelajar itu sendiri?
Apakah matlamatnya sebagai seorang pelajar?
Untuk apa belajar?
Kerana apa kita belajar?
Apa yang kita belajar?
Mari kita renung kembali adakah kita sebagai seorang pelajar ini berfikir tentang persolan yang diutarakan diatas tadi. adakah kita alpa atau sengaja tidak tahu aku persoalan yang perlu kita jawab dan perhalusi untuk menjadikan diri ini sentiasa sedar tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Bukan sahaja kita perlu sedar tanggungjawab kita sebagai pelajar,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Hamba kepada Tuhan yang satu,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Adakah kita semua sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar?
Mungkin ada diantara kita yang sedar akan tanggungjawabnya apabila bergelar seorang pelajar &
ada juga masih tidak tahu lagi apakah tanggungjawab sebagai seorang pelajar..
Perkongsian ini hanya lah dari seorang Hamba yang sangat lemah,
Marilah kita bersama-sama renungkan kembali SIAPA SEBENARNYA PELAJAR ITU SENDIRI?
SUCCESS = ABILITY x AFFORT x ATTITUDE





