Kehidupan bergelar sebagai seorang students memang banyak cabaran dan godaannya,
memang susah pada mulanya untuk untuk mengambil cabaran dan godaan itu sebagai
pendorang semangat pada diri ini sebagai seorang pelajar yang sentiasa dahaga akan ilmu.
Cabaran demi cabaran datang menerpa kepada kita demi untuk mematangkan lagi diri
yang sudah pun bergelar sebagai MAHASISWA.
Sebagai seorang pelajar, kita perlu mengetahui siapakah sebenarnya pelajar itu sendiri?
Apakah matlamatnya sebagai seorang pelajar?
Untuk apa belajar?
Kerana apa kita belajar?
Apa yang kita belajar?
Mari kita renung kembali adakah kita sebagai seorang pelajar ini berfikir tentang persolan yang diutarakan diatas tadi. adakah kita alpa atau sengaja tidak tahu aku persoalan yang perlu kita jawab dan perhalusi untuk menjadikan diri ini sentiasa sedar tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Bukan sahaja kita perlu sedar tanggungjawab kita sebagai pelajar,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Hamba kepada Tuhan yang satu,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Adakah kita semua sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar?
Mungkin ada diantara kita yang sedar akan tanggungjawabnya apabila bergelar seorang pelajar &
ada juga masih tidak tahu lagi apakah tanggungjawab sebagai seorang pelajar..
Perkongsian ini hanya lah dari seorang Hamba yang sangat lemah,
Marilah kita bersama-sama renungkan kembali SIAPA SEBENARNYA PELAJAR ITU SENDIRI?
SUCCESS = ABILITY x AFFORT x ATTITUDE
Perjalanan Seorang Pelajar
11:39 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 comments:
Belajar itu tuntutan...menuntut ilmu adalah mbantu org lain dan merupakan jihad.... :)
yes,itu lh sebenrnya jihad menuntut ilmu...
thanks membace blog sye..
Post a Comment