Container Icon



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBANGKIT SEMANGAT



Myspace Code Generator

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA KU...



Cool Flash Comments

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANGIN PERUBAHAN MAHASISWA

ASSALAMMUALAIKUM... AHLAN WAHSAHLAN...


LED Text Scroller

Alhamdullillah dapat edit blog ini...

Hari ini informasi tentang Angin Perubahan Mahasiswa :

Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita membiarkan nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik lagi. Di samping perjuangan terus di semarakkan.
Keutamaan kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.
Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.

Hasil petikan dari I Love Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Ibu



Lady Bug Note Generators

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Myspace Bubbles Note Generator

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keindahan Islam




Myspace Lover Letter

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA KU

 PERKONGSIAN PADA HARI INI IALAH KEUTAMAAN MAHASISWA 


  Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini. Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas. 




Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan. Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu. Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara.


 Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu. Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah". 


  Petikan dari Artikal I Love Islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KECINTAAN MAHASISWA KEPADA ILMU

http://s1263.photobucket.com/albums/ii630/abc123177/

( ARTICLE FROM i love islam )
~Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.
~Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
~Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.
~Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.
~Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
~Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
~Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.

Hasil Bacaan dari I love Islam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Up-Date Blog

Alhamdullillah thank you ALLAH....

~Diri ini masih lagi bernyawa,masih lagi boleh bernafas,masih lagi boleh melihat,
masih lagi boleh mendengar, masih lagi boleh berkomunikasi dengan tutur cara yang baik insyaALLAH


Syukur yang tidak terhingga kepada tuhan yang satu kerana telah memberi banyak sungguh ilham kepada diri ini untuk menulis dan update my blog kepada diri saya dan tidak lupa kepada mereka yang membaca, ataupun melihat blog yang tidak seberapa ini.. Supaya diri ini dan para pembaca sekalian setiasa dilindungi oleh Allah s.w.t hendaknya...


Dengan penuh kesungguhan untuk up-to-date kan blog ini supaya ada informasi yang boleh diri ini kongsikan bersama-sama sahabatsahabat sekalian.


Akhirnya diri ini dapat menyiapkan blog ini...Alhamdullillah.... 
semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan sahabat-sahabt ku dunia dan akhirat.... Amin...




Dari seorang Hamba Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasisiwa


According to I love Islam  "Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada"


Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.

Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.
Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:
a)     Keimanan
b)     Keikhlasan
c)     Semangat
d)     Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih. Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci. Asas semangat ialah keinginan yang kuat. Asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada pada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisma berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.

Hasil Bacaan dari blog I love Islam dan 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ABOUT THE PHILOSOPHY

~Anybody thought that today we will get something to learn new?
~Yes or No


I have 1 philosophy or story...
The lion in the circus also learns to sit on the chair,
fearing the whip held in his owner's hand but 
we call such at lions as well trained, not well educated

(Think out the box)

So guy what do you think about that statement is mentioned there...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan Seorang Pelajar

Kehidupan bergelar sebagai seorang students memang banyak cabaran dan godaannya,
memang susah pada mulanya untuk untuk mengambil cabaran dan godaan itu sebagai 
pendorang semangat pada diri ini sebagai seorang pelajar yang sentiasa dahaga akan ilmu.


Cabaran demi cabaran datang menerpa kepada kita demi untuk mematangkan lagi diri 
yang sudah pun bergelar sebagai MAHASISWA. 


Sebagai seorang pelajar, kita perlu mengetahui siapakah sebenarnya pelajar itu sendiri?
Apakah matlamatnya sebagai seorang pelajar?


Untuk apa belajar?
Kerana apa kita belajar?
Apa yang kita belajar?


Mari kita renung kembali adakah kita sebagai seorang pelajar ini berfikir tentang persolan yang diutarakan diatas tadi. adakah kita alpa atau sengaja tidak tahu aku persoalan yang perlu kita jawab dan perhalusi untuk menjadikan diri ini sentiasa sedar tanggungjawab sebagai seorang pelajar.


Bukan sahaja kita perlu sedar tanggungjawab kita sebagai pelajar,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang Hamba kepada Tuhan yang satu,
Kita juga perlu sedar tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar kepada Agama, Bangsa dan Negara.


Adakah kita semua sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar?
Mungkin ada diantara kita yang sedar akan tanggungjawabnya apabila bergelar seorang pelajar & 
ada juga masih tidak tahu lagi apakah tanggungjawab sebagai seorang pelajar..


Perkongsian ini hanya lah dari seorang Hamba yang sangat lemah,


Marilah kita bersama-sama renungkan kembali SIAPA SEBENARNYA PELAJAR ITU SENDIRI?

SUCCESS = ABILITY x AFFORT x ATTITUDE 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS